GOLDEN HORSE COSMETICS , Youth and Brightness Forever....







KECANTIKAN dan rupa yang menawan menjadi idaman setiap individu sama ada wanita mahupun lelaki, supaya kelihatan lebih berketrampilan, berkeyakinan dan menarik. Kulit yang halus, licin dan bebas daripada sebarang masalah menjadi asas kepada kecantikan yang diidamkan. 

Bagi merealisasikan impian tersebut Golden Horse Cosmetics menyediakan pelbagai rangkaian produk kecantikan dan sehingga kini ianya mampu memenuhi citarasa pengguna. 


Khasiat bahan-bahan dan herba asli, pati sayur-sayuran, buah-buahan dan bunga-bungaan serta campuran pati mutiara berupaya menyerlahkan semula tekstur kulit supaya kelihatan lebih cerah dan bermaya. Proses pencerahan kulit yang bertindak dari dalam akan mengeluarkan sel-sel mati, intipati yang terkandung di dalam produk ini membersih hingga ke dalam lapisan kulit dan menghalang daripada sinaran ultra violet, menyegar dan mencerahkan kulit secara semulajadi. 


Golden Horse Cosmetics telah didaftarkan dan mendapat kelulusan daripada Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan, Kementerian Kesihatan Malaysia.

No comments: